Sistem perundangan common law Common_law

Common law kini adalah sebahagian daripada undang-undang negara-negara England dan lain-lain negara yang pernah dijajah olehnya seperti Wales, Ireland Utara, Republik Ireland, negeri-negeri Amerika Syarikat (kecuali Louisiana), Kanada (kecuali Quebec), Australia, New Zealand, Afrika Selatan, India, Sri Lanka, Malaysia, Brunei, Pakistan, Singapura, Hong Kong dan negara komenwel yang lain. Pada hakikatnya, semua negara yang pernah pada satu ketika menerima pengaruh British mempunyai unsur-unsur common law dalam kehakiman mereka kecuali negara-negara yang pernah menerima penjajahan negara Barat lain pada sebelumnya seperti provins Quebec yang mengikuti sistem kehakiman Perancis dan Afrika Selatan yang mengikuti sistem kehakiman Belanda-Rom. Sistem common law di India digabungkan dengan pengaruh undang-undang Hindu tempatan manakala sistem common law di Malaysia juga mengira adat Melayu dan Islam.

Alternatif yang utama kepada sistem common law adalah undang-undang sivil yang digunapakai di kebenuaan Eropah dan kebanyakan negara lain. Negara-negara bekas kesatuan Soviet dan negara sosialis lain menggunakan sistem perundangan undang-undang Sosialis.

Garisan diantara perundangan undang-undang sivil dan common law kian pudar dengan kepentingan undang-undang berdasarkan statut dan kod di negara-negara yang mengamalkan common law dan sebaliknya, duluan juga semakin mendapat perhatian di negara-negara yang mengamalkan undang-undang sivil.

Scotland dikatakan menggunakan sistem perundangan sivil tetapi sebenarnya ia mempunyai satu sistem unik yang menggabungkan elemen sistem sivil yang tidak ditulis yang boleh dikesan ke Corpus Juris Civilis dengan elemen common law yang lebih awal daripada Perjanjian Kesatuan dengan England pada tahun 1707. Undang-undang common law Scotland berlainan dengan yang diamalkan di England dengan mahkamahnya menggunakan duluan untuk mencari apakah ia prinsip yang menjustifikasikan satu undang-undang dan bukannya menjadikannya sebagai "ikutan". Prinsip-prinsip keadilan semulajadi telah sentiasa menjadi sebahagian daripada undang-undang masyarakat Scotland. Sistem yang boleh dijadikan bandingan adalah terletak di Quebec, Louisiana dan Afrika Selatan. Sistem-sistem ini dipanggil sistem perundangan campuran.